Sunday, September 26, 2010

--F&N : Junior ayah dan ibu.. ;)

Junior, 
ayah dan ibu diijabkabulkan pada 4hb Jun 2010 di rumah ibu di Sabak Bernam, Selangor. Seminggu selepas tu, 12hb Jun 2010 kenduri di sebelah ayah plak, di Bukit Payung, Marang, Terengganu.

selepas ayah dan ibu diakadnikahkan

majlis di rumah ibu

majlis di kampung ayah
 
Sepertimana pasangan lain yang baru berkahwin, ibu dan ayah pergi juga ber-honeymoon. Mcm2 tpt yg ayah kamu suggest, ibu ikut je, tak kesah pun mana2. Akhirnya kami decide ke Surabaya, Indonesia pd 14-16hb Jun 2010.

muka-penat-gembira ibu dn ayah lepas bershopping. ;)

Walaupun ibu amek cuti seminggu utk honeymoon, ibu tak lama di rumah slps kami pulang dr Surabaya. Ibu terpaksa pula ke Petaling Jaya untuk mesyuarat dn kursus seminggu. Tinggallah ayah sorg kt rumah. Lepas seminggu, br lah dapat spend weekend kt rumah dgn ayah.

Seminggu lebih di rumah, ibu kena ke Kampar plak untuk 2,3 hari. Walaupun 2,3 hari masa perjalanan pergi-balik dah jadi seminggu jugak. Terpaksalah ibu tinggalkan ayah lagi. Kali ni ibu dapatlah balik ke rumah Sabak Bernam sebelum ke Kampar. Sudahlah hujung minggu tu birthday ayah. 

Di Kampar, ibu sepatutnya dikunjungi kawan baik ibu yg dtg setiap bulan tu. Tapi tak datang2 plak. Perut ibu rasa berangin je siang-mlm tp tk pula rs sakit. Selera mkn bukan main lagi, maklumlah disediakan drp pagi-mlm. Ibu tk bgtau sape2 psl perubahan tu. Cuma, dh akhir2 kursus br ibu msg ayah. Ayah mcm excited dh tp ibu pesan jgn berharap sgt. Kita tunggu je.

Weekend yg ibu nk blk dr Kampar tu, ayah ke Pulau Redang plak. Ayah ada keje. Huu. Bajet2, bila ibu sampi airport nnt, ayah ada la, sempat la kiranya blk dr pulau. Ibu sedih, doa semoga ayah sempat blk jemput ibu. Ayah pun sama, sanggup dia tunggu kt pantai kalau2 ada lagi bot yg nk blk ke darat. Tapi hampa. Ibu blk, adik ayah yg jemput. 

Seminggu lepas tu, ibu cadang nk uji kehadiran kamu sbb dh masuk 2minggu kwn baik ibu tak dtg2 jugak. Alhamdulillah, 
ibu tau, kamu ada di situ... ;)

0 comments: