Sunday, September 26, 2010

--F&N : Junior ayah dan ibu dlm Ramadhan 1431H

Ramadhan 1431H ini merupakan ramadhan pertama ibu bersama dengan ayah. Tentunya ibu berdebar nak lalui pengalaman menyediakan sahur dn berbuka untuk ayah sebab kamu dh mula bersama kami. Kalau dulu, mungkin tk ralat sgt nk msk sahur atau bbuka sbb ibu masih bujang. Skrg ibu kena sediakan utk ayah kamu sekali.

Mlm ramadhan pertama tu, ibu bersungguh ikut ayah kamu terawikh. Tp esoknya berpuasa mmg rasa tak sedap badan sgt2. Ibu mudah letih, agaknya badan banyak hilang air. Angin dalam bdn tk payah ceta la, mmg byk. Muntah2, 'luga' mmg dh jd agenda tetap sepanjang puasa. Tp alhamdulillah, setakat ni ibu tk penah lg warded untuk masuk air dsb.

Ckp psl alahan ni, ibu makin sensitif pd bau. Plg teruk ibu tk bley bau masakan gulai. Terus rasa tk sedap bdn. Kesian ayah kamu, terpaksa beli lauk di pasar ramadhan kalau dia rasa nak makan gulai. Kdg2 kami berbuka juga di luar, barangkali angin luar tu beza sedikit jd ibu bley la tahan alahan tu. Kdg2 kitorg blk kg ayah untuk bbuka.

Pape pun kesukaran ayah dn ibu lalui, kami hadapi dengan sepenuh hati kami. Sbb kami gembira utk memiliki kamu. ;)

0 comments: